25 November 2017 - 17:10
Turki Kritik TIndakan Pakatan Arab Saudi Yang Menyasarkan Pertubuhan IUMS

Turki memprotes tindakan pakatan yang diketuai oleh Arab Saudi yang telah menyenaraikan sebuah perubuhan Islam yang berpusat di Doha, Qatar di dalam senarai pertubuhan pegganas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Turki memprotes tindakan pakatan yang diketuai oleh Arab Saudi yang telah menyenaraikan sebuah perubuhan Islam yang berpusat di Doha, Qatar di dalam senarai pertubuhan pegganas.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir yang mula menyasarkan Qatar sejak bulan Jun lepas dengan serangan diplomatik dan tekanan ekonomi telah menyenaraikan Kesatuan Cendekiawan Islam Antarabangsa (IUMS) yang diketuai oleh ulama terkenal Mesir, Yusuf al-Qardawi di dalam senarai pertubuhan pengganas.

Pakatan tersebut turut memasukkan Majlis Islam Antarabangsa untuk Da'wah dan Bantuan yang berpusat di Kaherah di dalam senarai hitam itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pakatan itu, NGO tersebut dikatakan "berusaha untuk mempromosikan keganasan dengan mengeksploitasi dan menggunakan wacana Islam sebagai selindung dalam rangka melaksanakan pelbagai aktiviti keganasan."

Kementerian Luar Turki pada hari Jumaat memprotes tindakan pakatan tersebut yang bertindak menyenarai hitamkan IUMS dengan memanggil tindakan itu sebagai sesuatu yang "buruk."

"Sebagai pengerusi kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kami menganggap keputusan ini sebagai sebuah kesilapan yang serius yang akan hanya memupuk persekitaran anti-Islam," kata mereka.

Kementerian itu turut meminta pakatan tersebut untuk menimbang semula tindakan itu dan "memberikan penghormatan sepatutnya" kepada IUMS.

Pakatan tersebut menyasarkan Qatar dengan alasan Doha menyokong keganasan.

Qatar pada gilirannya menafikan tuduhan itu dan mendakwa bahawa tindakan keras pakatan itu telah dimotivasikan oleh agenda politik Arab Saudi. -ABNA24

/315